Ha...kita sambung perbincangan kita pasal cinta monyet tadi tu,dalam buku tu berpendapat bahawa ibubapa perlu membawa pasangan anak anda yang sedang dilamun cinta monyet tu pergi makan angin..contohnya pergi makan-makan ka,bercuti ka.Mungkin dengan cara ini dapat mengelakan daripada berlakunya gejala yang tak sihat dan mengelakan anak-anak daripada keluar bersama tanpa pengetahuan ibubapa.
Saya kurang bersetuju dengan atikel diatas kerana apabila kita mengajar anak-anak untuk keluar bersama dengan pasangan nya ini menunjukkan bahawa ibubapa itu memberi kebebasan kepada anak-anak.Apabila anak berfikiran bahawa ibubapanya memberi "lampu hijau" kepada mereka untuk keluar bersama akan mengundang bahaya yang lain pula.
Remaja dizaman ini bukan remaja dizaman dahulu.Yang perempuan apabila balik dari sekolah duduk saja dirumah.Keluar pun apabila dengan keluarga terdekat sahaja.Tetapi dizaman yang serba cangih ini anak-anak perempuan mengalahkan anak-anak lelaki yang melepak,ronda sana-sini,dan melakukan perkara lelaki lakukan.
Pelik sungguh gadis zaman sekarang ini kan.Apapun anda mempunyai otak untuk menilai yang mana baik,dan mana yang buruk.Yang buruk itu kita jadikan simpadan yang baik itu kita renung-renungkan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan