WELCOM TO MY BLOG "DUNIA COMEL KITA BERDUA"SELAMAT MEMBACA!!!DAN TERUS FOLLOW...

Ahad, 1 Januari 2012

Happy Besday Erna!!!


Ha...selamat tahun baru ya semua,1 hari bulan satu..adalah birthday member miss yang paling cute dan manja lagi mengada-gada ni,
Miss yang edit kat dia,dalam masa sejam setengah miss edit...akhirnya jadi macam dekat atas tu..cantik tak?agak buruk sikit kan,..tapi tak apa la..miss tak tahu nak bagi hadiah apa..last2 minit ni,to yang buat macam ucapan ja tu..
Apa pun,miss nak ucapkan dekat Aina tu..selamat hari lahir!!!
semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.amin...dan jangan lupa!senyum-senyum selalu ^_^
Jangan lupa ya Aina,we must do the best for exam SPM this year!all the best...
daaa...cukup setakat ini,bye2

Isnin, 12 Disember 2011

Cita-citaku........!

Assalamualaikum,dah lama rasanya tak update kan???
Hari ini miss ingat nak update pasal cita-cita,setiap manusia pasti ada cita-cita yang hendak ia menjadi satu kenyataan,tapi.....tidak semua cita-cita yang kita impikan itu akan menjadi kenyataan..tanpa usaha.
Macam saya,masa tadika dulu...cikgu tanya ja,cita-cita apa,saya cakap..cita-cita saya nak jadi doktor!
Tapi bila besar sikit dah berubah,nak jadi peramugari.Sebab,best!boleh pergi nak kapal terbang hari-hari..nak pergi bercuti jauh-jauh mesti tak ada duit kan??apa salahnya kalau nak kerja macam tu.Boleh melawat negara lain,pakai pun baju seksi..ala,tu pemikiran masa kanak-kanak.Bila besar sikit pulak cakap nak jadi peguam!eh,peguam pulak...nak jadi peguam sebab nak bela orang yang dianaiya..dan bantu menegakkan kebenaran!ya!betul tu!Masa semakin berjalan,umur pun semakin remaja..pemikiran pun mesti nak kerja yang gaji dia banyak kan???masa form4 miss dapat masuk kelas khas "perakaunan"
jadi masa tu,minat ni membuak-buak!tak sabar nak belajr akaun!masa tu juga cita-cita dah bertukar kepada menjadi akauntant,sebab gaji banyak!!kalau gaji banyak mesti boleh beli rumah,kereta,tanah,dan boleh hantar mak and ayah pergi menunaikan haji.
Tapi....................
Mesti tak boleh punya kan???semua tu,hanya impian............miss akan cuba bersungguh-sungguh..walaupun miss tahu..miss tak boleh nak capai semua tu..miss juga perlukan doa dan semangat untuk memberi kekuatan kepada miss.Doakan miss berjaya ya!semoga Allah merahmati kamu semua yang tak jemu doakan miss.Terima Kasih!!!

Khamis, 17 November 2011

Kekasih ku Comel

Nak tahu tak siapa comel tu????





jeng..........jeng........




jeng.........................................














Ha!ni la comel tu!tengok!betapa comelnya dia...ni miss ambil gambar masa dia tengah tunggu miss sent mesej dekat dia,tengok muka dia tu....rindu sangat la tu....hehehehe,jangan marah ya...kalau tuan punya badan baca...ala,boring tak ada cerita nak update...

Rabu, 12 Oktober 2011

Hanya Tinggal Kenangan

Ha....,assalamualaikum semua!
Lama rasanya tak update blog ni,maklum la busy dengan exam...apa pun hari ini miss ingat nak update pasal handphone!ha?handphone?!nak beli baru ka?tak la....sebenarnya miss nak kongsikan semua handphone-handphone yang pernah miss gunakan sepanjang 16tahun miss hidup ni.

Ha,miss mula pakai handphone ni masa time sekolah rendah,masa tu darjah 6.Miss guna pun sebab nak recycle balik handphone tu...lagi pun,bukan ada orang yang pakai pun,terbiar ja dekat situ.Entah dari mana Miss ambil simkad entah la,guna handphone pun..bukan buat apa,merepek ja...dok send mesej kat kawan,padahal hari-hari jumpa dekat sekolah...classmate pulak tu.hehehe.Mula-mula guna handphone boring bab masa zaman dulu-dulu tu...mana ada handphone secanggih sekarang ni.Ha...ni handphone first yang Miss pakai tu.................
Lepas guna handphone ni,Miss tukar handphone baru pulak...tak sampai setahun Miss guna handphone ni sebab handphone ni hilang.

Ni pulak handphone yang kedua pas hilang handphone yang first.Kak Eija yang beli dari member dia,tapi....dia cakap..kalau nak bagi duit RM120 sebab dia beli pun harga tu.Malam tu juga Miss bagi la dekat dia duit RM100,lagi RM20 tu mintak halal ja la...duit tak cukup.Ala,adik beradik apa nak kedekut,betul tak??.hehehe
Pas pakai handphone ni,Miss pakai lagi satu handphone...sebab kak Miss iaitu kak Eija beli handphone baru.Jadi handphone lama dia Miss ambil la,lagi pun sim kad ada lagi yang dia beli sekali handphone yang kat atas tu.
Ni masuk handphone ke-3....baru 3,ada lagi.......ni handphone yang ke-4
Handphone yang ke-4 ni Abang Mie yang bagi.Dia cakap jaga elok-elok taw!Miss pun terima dengan sehappy-happy nya.Mana ada orang nak bagi handphone yang top masa zaman tu.Masa tu Kak Miss cuma pakai handphone N70 ja...Miss pulak N73,ceh....konon-konon action la sangat,handphone pun orang bagi.Pas jual handphone ni sebab selalu rosok.Guna handphone kat bawah tu pulak.Handphone tu bukan beli pun.Ambil handphone ayah,ayah Miss memang banyak handphone...Miss la,yang dok try handphone-handphone dia.
Ni handphone yang ke-5,masa ni guna 2handpone bab sim kad banyak.Ha!tengok dekat bawah ni,ni handphone yang Miss sayang sebab guna duit Miss yang Miss pergi sekolah tak makan and campur dengan duit raya....tak makan bukan sebab nak beli handphone,tak sangka pun nak beli handphone sebab tak da niat pun nak pakai handphone yang mahal.Cuma duit banyak sangat,tak taw nak baut apa.Lagi pun boring tak ada kamera,tu yang beli.
Suka handphone ni,sebab kamera dia best!Skrin dia besar...dan macam-macam lagi.Sekarang handphone tu dah rosak.Nak tahu tak tanda-tanda dia nak rosak.Satu malam ni kawan Miss call la Miss tiba-tiba,Miss hairan kenapa dia tak cakap...Dengan marahnya Miss cakap macam ni,HELLO2!!!
Padahal dia dengar apa yang Miss cakap...heheh,sorry la geng handphone aku "pekak" la....
First dia "pekak" dan kemudian dia tiba-tiba terpadam....alamak!

Ha....kalau ada rezeki,nak beli iphone kat bawah ni...ceh...macam duit banyak sangat.Kalau nak tengok saya pakai handphone ni,anda boleh menderma terus ke dalam akaun bank saya iaitu Bank Negara Malaysia ...dengan number akaun 0123456789101112131415.Bank Negara Malaysia???ni kes akaun la ni....samapi terbawa-bawa pulak..heheh
Sampai di sini dulu ya...dadaaaaa..
Wasalam.

Khamis, 6 Oktober 2011

Alahai....Cinta Monyet

Hari ini nak buat entry pasal "Cinta Monyet".Saya nak buat entry pasal cerita ni pun sebab masa dekat sekolah tadi,seorang kawan saya ada tunjukkan satu majalah yang tertulis didalamnya cara-cara untuk  menagani anak daripada "cinta monyet".Cinta monyet???apa?!cinta monyet pun tak tahu ka?cinta monyet ni adalah cinta yang tak serius,cinta yang selau dilakukan dizaman sekolah ataupun cinta olok-olok!bukan cinta monyet yang dekat zoo tu ya...jangan silap tafsir ya...



Ha...kita sambung perbincangan kita pasal cinta monyet tadi tu,dalam buku tu berpendapat bahawa ibubapa perlu membawa pasangan anak anda yang sedang dilamun cinta monyet tu pergi makan angin..contohnya pergi makan-makan ka,bercuti ka.Mungkin dengan cara ini dapat mengelakan daripada berlakunya gejala yang tak sihat dan mengelakan anak-anak daripada keluar bersama tanpa pengetahuan ibubapa.
Saya kurang bersetuju dengan atikel diatas kerana apabila kita mengajar anak-anak untuk keluar bersama dengan pasangan nya ini menunjukkan bahawa ibubapa itu memberi kebebasan kepada anak-anak.Apabila anak berfikiran bahawa ibubapanya memberi "lampu hijau" kepada mereka untuk keluar bersama akan mengundang bahaya yang lain pula.
Remaja dizaman ini bukan remaja dizaman dahulu.Yang perempuan apabila balik dari sekolah duduk saja dirumah.Keluar pun apabila dengan keluarga terdekat sahaja.Tetapi dizaman yang serba cangih ini anak-anak perempuan mengalahkan anak-anak lelaki yang melepak,ronda sana-sini,dan melakukan perkara lelaki lakukan.
Pelik sungguh gadis zaman sekarang ini kan.Apapun anda mempunyai otak untuk menilai yang mana baik,dan mana yang buruk.Yang buruk itu kita jadikan simpadan yang baik itu kita renung-renungkan.

Selasa, 4 Oktober 2011

Yana-Aku Pasrah

Lagu ni sesuai sangan untuk siapa yang baru berpisah.Jadi jangan kesali dengan apa yang telah belaku.

Takku menyaka dan tidakku duga
Akhirnya engkau berubah
Sekelip mata cinta kita terlerai
Di hujani dengan linangan air mata

Mengapa engkau dustai cinta kita
Dimana letaknya janji setia
Yang pernah engkau lafazkan sewaktu dahulu
Ingin terus hidup selamanya bersamamu hingga ke akhirnya

c/o
Tinggallah aku bersama hati yang pedih
Terpaksalah ku telan segala kepahitan sehinggan kering air mataku menagis
Bila ku kenangkan nasib yang telah menimpa diriku ini

Biarkanlah ku sendiri meneruskan hidup tanpamu disini
Ku relakan dikau pergi andai itu mahumu
Ku menggangap ianya adalah ujian dariNya
Tiada jodoh antara kita

Aku pasrah aku redha dengan apa yang terjadi
Ku doakan agar dikau bahagia......disampingnya
ulang c/o

Isnin, 3 Oktober 2011

Eeee!Sombongnya!

Awak ingat tak lagi,sewaktu saya umur 12tahun..???kita dah mula berkawan....dan semakin rapat,sehingga sekarang....saya pun tak tahu macam mana saya boleh kenal awak..awak kan sombong!senyum pun tak...control la sangat,tapi.......ala,tak lama pun awak jadi sombong...lama-lama senyum juga..cair!!heehee,tapi....................................................bila awak pulak senyum,saya pulak yang cair!!
heheheh...tak sangka kan,patut la awak tak nak senyum dekat saya sebab takut saya cair tengok awak yang comel tu senyum,hehe...tengok!comel kan baby tu senyum.....dia senyum dekat siapa tu???senyum dekat siapa lagi...dekat pembaca semua la....kalau kita setiasa seyum pasti hari-hari kita ceria selalu.Insaallah.