Ha....dekat sini saya nak kongsi kan beberapa ciri lelaki yang saya suka.Kalau tanya ja dekat mana-mana perempuan pun mesti jawapan nya lebih kurang sama,ada yang nak lelaki hensome lah....kaya lah...pandai bergayalah..macam itu lah..macam ini lah,tapi.......bagi saya itu semua tak penting yang penting ialah:
1.Bijak menguruskan masalah&bijak didikan agama
-bijak menguruskan masalah adalah penting untuk mengelakan daripada sesuatu masalah yang kecil menjadi besar.Bijak menguruskan rumah tanggan mengikut agama.
2.Setia pada pasangan
-setiap pasangan pasti mahukan pasangan nya setia,hanya satu cara untuk membuatkan pasangan anda setia pada anda iaitu anda juga haruslah setia pada pasangan tanpa memikirkan tentang orang ketiga.Insallah,jika anda betul-betul ikhlas.
3.Rupa paras
-rupa paras tak menjadi masalah biar dia gemuk pun asalkan dia seorang yang setia tak curang pandai memimping ke jalan yang benar bukan memimping untuk melakukan benda buruk.Jika mendapat yang hensome itu adalah bonus!
4.Ceria
-ceria itu penting untuk mewarnai dunia seharian bersama pasangan.
5.Romantik
-setiap perempuan mesti mahukan lelaki yang romantik.Tapi.....jaga-jaga!selalunya lelaki yang romanti ni playboy!tak mudah nak setia.Tapi tak semua yang macam tu.
6.Mesra dengan bakal bapa mertua dan family terdekat
-ha!nak tangkap anak,mula-mula kena la berbaik-baik dengan bapaknya dulu...untuk memudahkan step yang seterusnya,hehe betul tak??
7.Tepati janji
-tepati janji penting!untuk mengelakan pasangan bermasam muka kerana tidak tepati janji yang telah dibuat.
8.Bersikap pemimpin
-ini penting,untuk memudahkan dia menjadi ketua keluarga suatu hari.kelak.
9.Tidak menghisap ROKOK
Buat yang hisap rokok tu sorry la ya,girl-girl tak suka....sebab akan membahayakan kesihatan.Tak baik untuk kesihatan!
10.Kuat!!!
-kuat dalam berkerja,jangan malas-malas sebab kalau malas macam mana nak kahwin.
11.Suka jaga budak
-saya lebih sukakan lelaki yang pandai jaga budak sebab memudahkan si isteri.
12.Pandai masak
-pandai masak pun penting,untuk meringan kan beban isteri yang tak sihat..boleh lelaki yang tolong masak.
13.Rajin ke dapur
-bila bini sedang masak tu rajin-rajin la tengok-tengok apa kerja yang boleh tolong,ini memudahkan isteri rehat awal.
Rasa-rasanya dah habis dah kot...ni semua yang saya tulis ni,mesti susah nak cari kan???apa-apa pun jodoh itu sudah Allah S.W.T tentukan.Jangan risau kerana perempuan yang baik pasti dengan lelaki yag baik,manakala perempuan yang jahat pasti dengan lelaki yang jahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan